Seorang hakim mengejutkan orang ramai yang menghadiri mahkamah apabila meninggalkan tempat duduknya untuk turun mencium tangan tertuduh dalam kes dibicarakannya. Sumber mahkamah memberitahu media tempatan tertuduh terbabit adalah seorang guru, turut terkejut dengan tindakan hakim berkenaan. Bagaimanapun, hakim itu kemudian menjelaskan defendan adalah gurunya ketika di sekolah rendah. Guru itu didakwa di mahkamahnya atas tuduhan memukul seorang anak murid. Ayah kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya. Ketika mencium tangan guru berkenaan, hakim itu sambil berkata : “Inilah hukuman yang saya berikan kepada kamu, wahai guru.” Kisah ini berlaku di Amman, Jordan. Kasihi dan hormatilah guru walau setinggi mana pun kedudukan kita. Kita muncul sebagai manusia hari ini adalah hasil didikan mereka walau hanya belajar mengenal huruf. Sumber: Milia Emy (Terima kasih)




